Sinopsis Dan Lagu Tema Drama Autumn Di Hatiku Ala Korea

Sinopsis Dan Lagu Tema Autumn Di Hatiku – Nampaknya rakyat Malaysia memang teramat suka dengan abang Korea dan minah Korea.Banyak juga drama Korea yang best-best.Dengar khabar abang-abang Running Man akan datang ke Malaysia tak lama lagi.Memang habis la tiket dijual walaupun harga mencecah ratusan ringgit.Nak jumpa artis kesayangan la katakan.

autumn di hatiku

Terbaru Tonton akan menerbitkan rancangan khas yang dibintangi pelakon lelaki dari Korea.Drama tersebut adalah autumn Di Hatiku.Rancangan ini akan ditayangkan hanya 3-5 minit jer setiap episod bermula 3 Julai.Pelakon yang membintangi drama ini adalah Hanez Suraya, Kim Jin Sung, Aiman Hakim, Ezzaty Abdullah, Anas Ridzuan dan ramai lagi.

Sinopsis Autumn Di Hatiku :

AUTUMN DI HATIKU berkisar tentang Nina (Hanez Suraya), yang bekerja di sebuah kedai kek dan merupakan peminat fanatik K-Pop. Nina hidup dalam dunia K-Popnya tersendiri; tampil seperti gaya aktres Korea lengkap dengan solekan serta fesyen rambut mengikut gaya bintang kegemarannya selain turut cuba mempelajari bahasa Korea.

Bersama dengan rakan karibnya Jaja (Ezzaty Abdullah), Nina begitu obses dengan drama Korea; malah sering bercerita tentang jalan cerita yang ditontonnya selain mengajuk lakonan bintang yang diminatinya ketika waktu lapang. Kemunculan seorang pelanggan, Park Au Tum, atau dikenali dengan ‘Autumn’ (Kim Jin Sung) di tempat kerjanya pada suatu hari telah mengubah segalanya. Kehadiran Autumn di Malaysia kerana urusan perniagaan telah mencuri perhatian Nina. Nina yang malu-malu mulai jatuh hati kepada Autumn yang tidak fasih berbahasa Inggeris.

Segala tindakannya gagal mendapat perhatian Autumn, namun Nina kembali teruja apabila mengetahui rakan sekerjanya Zidick (Aiman Hakim) pernah tinggal di Korea semasa remaja dahulu dan tahu segalanya mengenai negara tersebut. Tanpa berfikir panjang, Nina mendapatkan bantuan Zidick dan cuba memenangi hati Autumn.

Nina dan Jaja juga terpaksa berhadapan dengan kerenah Kai (Anas Ridzuan), anak kepada tuan rumah sewa mereka. Kai seringkali mengusik, malah mengenakan Nina dan Jaja; antaranya berlakon sebagai penyampai radio dan mengumumkan yang kedua mereka memenangi percutian percuma ke Korea, semata-mata untuk memalukan mereka.

Nina pula terus gagal dalam cubaannya menggoda Autumn. Enggan berputus asa, usaha Nina akhirnya mula membuahkan hasil. Autumn mulai menyedari kehadiran Nina. Tanpa pengetahuan sesiapa, Zidick turut menaruh perasaan terhadap Nina. Manakala Nina yang semakin banyak menghabiskan masanya bersama Zidick, mulai sedar yang dia semakin mengenali jejaka itu walaupun telah bekerja bersama-sama semenjak tiga tahun lalu.

Adakah Nina akan temui cinta sejatinya? Siapa pilihan hatinya? Zidick, Autumn atau jejaka lain?

Jom tonton Drama ini disini

Tinggalkan Komen

*