Drama Playboy Itu Suami Aku Tv3

Sebuah lagi drama yang bakal meletop selepas Love You Mr Arrogant iaitu Playboy Itu Suami Aku adaptasi dari novel.Antara bintang yang terlibat dalam drama bersiri ini adalah Fatah,Cha Cha Maembong dan ramai lagi.

drama akan mula ditayangkan pada  11 November 2013 di tv3.Lagu Tema Playboy Itu Suami Aku : Rindukanlah Encik Mimpi

Sinopsis Playboy Itu Suami Aku :

Kehidupan Afina Aulia tidak pernah aman semenjak mengenal playboy itu. Playboy yang sering buat dia panas hati. Raja Andrian Benjamin aka King of Crocodile -gelaran yang diberi Afina. King sering menguji tahap kesabaran gadis nerd seperti Afina.
Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida ibu kepada Raja Andrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis cucu Puan Sri melontarkan gadis ini ke lembah mencabar.Puan sri sangat berkenan nak jadikan Afina sebagai menantu. Afina buntu,lantaran adik kembarnya yang seksi bergaya adalah teman wanita Raja Andrian. Puan Sri ini bekenan pada Afina sebab dia terdengar Afina berdoa sesuatu yang menyentuh jiwanya. Afina dan Andrian menentang habis-habisan untuk disatukan.
Namun, keduanya setuju kerana masing-masing mempunyai agenda tersendiri. Afina terpaksa bersabar dengan kerenah King.
5 bulan kemudian
Afina terlibat dengan kemalangan dan hilang ingatan sementara@amnesia. Lebih malang dia tidak mengenali suaminya sendiri Raja Andrian. Dia ingat mama,kawan-kawannya tapi memori kahwin dengan King langsung tiada. Terkejut gila  bila dia mengetahui dia dah kahwin. Dengan play boy pulak tu. Jenuh la mama dan mummy pujuk dia agar terus layan King dengan baik.
Afina kini tidak sama dengan Afina yang dulu. Afina yang baru lebih kasar  dan tidak mudah dibuli seperti dahulu.
Hari-hari Afina dan King bertekak. Namun, ia tetap memutikan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing.  Dan bermula sesi bulan madu di rumah sendiri-sweet sangat.
Namun, Afina terpaksa meninggalkan lelaki itu  disebabkan Afina diugut agar tinggalkan suaminya jika tidak suaminya akan dibunuh. Fisya pula mula jadi orang ketiga antara mereka. Pura-pura baik konon.

Tinggalkan Komen

*