Cara Melakukan Sujud Syukur Dan Hukumnya

Cara Melaksanakan Sujud Syukur

Pengertiann Sujud Syukur

Jika hajat kita telah tercapai, maka hendaklah kita menzahirkan rasa penghargaan kita terhadap Allah melalui sujud syukur. Sujud syukur bermaksud sujud yang dilakukan kerana mensyukuri nikmat Allah. Sujud syukur  ini disunatkan kepada seseorang yang terlepas dari bahaya atau orang yang mendapat nikmat dari Allah SWT.

Abi Bakrah meriwayatkan “bahawa Nabi  SAW apabila datang kepadanya sesuatu yang mengembirakan atau khabar suka, baginda terus sujud berterima kasih kepada Allah”.

(Riwayat Abu Dawud dan Tarmizi)

 

Video Ustaz Azhar Idrus berkenaan Sujud Syukur

 

SEBAB-SEBAB SUJUD SYUKUR DILAKUKAN

Secara umumnya sujud syukur itu dilakukan apabila seorang hamba itu mendapat nikmat atau terhindar dari suatu bencana atau mendapatkan kembali sesuatu yang telah hilang atau selamat dari merbahaya.

Dalam hal ini hUkum sujud syukur menurut mazhab Syafii dan Hanbali adalah sunat, sama ada nikmat yang diperolehi atau bencana yang dialami itu khas bagi dirinya atau am bagi semua umat Islam, seperti kemenangan ke atas musuh, hilangnya wabak yang merbahaya dan sebagainya. Tetapi terdapat suatu pandangan dikalangan mazhab Hanbali bahawa sujud syukur hanya dilakukan bagi nikmat yang sifatnya umum untuk semua umat Islam dan bukan untuk nikmat yang khas.


SYARAT-SYARAT SUJUD SYUKUR

Menurut mazhab Syafi’e dan Hanbali disyaratkan sepertimana hendak melakukan solat iaitu thaharah, suci daripada hadas kecil ataupun besar, mengadap kiblat dan menutup aurat.

 KAIFIAT SUJUD SYUKUR

Cara pelaksanaanya adalah sebagai berikut:

1) Mengadap kiblat

2) Bertakbir kemudian sujud sekali dengan membaca doa sepertimana doa sujud di dalam solat.

3) Bertakbir sekali lagi untuk bangkit daripada sujud, kemudian salam tanpa membaca doa tasyahud.
(untuk salam boleh dilakukan sekali)

 HUKUM SUJUD SYUKUR DI DALAM SOLAT

Menurut mazhab Syafi’e dan Hanbali bahawa sujud syukur tidak dibenarkan dilakukan di dalm solat kerana ianya termasuk dalam katogeri sujud di luar solat. Apabila dikerjakan maka solatnya dianggap batal kecuali dalam keadaan jahil atau lupa.

 HUKUM SUJUD SYUKUR PADA WAKTU YANG DILARANG

MENGERJAKAN SOLAT

Makruh hukumnya mengerjakan sujud Syukur pada waktu-waktu yang dilarang mengerjakan solat sunat seperti selepas solat Subuh atau selepas solat Asar. Meskipun pada ketika itu berlaku sebab-sebab yang membolehkan mengerjakan solat sunat. Begitu juga tidak dibenarkan mengerjakan sujud syukur ketika mendengar khutbah Jumaat.

RUKUN SUJUD SYUKUR

1) Berniat untuk sujud syukur

2) Membaca takbiratul ihram ketika hendak sujud

3) Satu kali sujud

4) Memberi salam sesudah sujud

** SAYU TENGOK DIANA AMIR SUJUD SYUKUR DALAM SALAM CINTA :)

Sumber dari Blog Mufti Selangor

 

 

Komen Pembaca

  1. endri hartini says:

    lah itu bacaan sjud syukurny kpan bacanya

Tinggalkan Komen

*