Borang Permohonan Online Perumahan Rakyat 1Malaysia

Permohonan Online Perumahan Rakyat 1Malaysia Borang Pendaftaran Online PR1MA

Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan Malaysia telah membuka Permohonan Perumahan PR1MA bagi rakyat yang berkelayakan.Perumahan PR1MA menawarkan rumah diantara RM100,000 hingga RM400,000 yang dibangunkan di pembangunan komuniti yang dipilih.

prima

Antara Syarat-syarat Kelayakan untuk memohon Perumahan PR1MA ialah :

  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
  • Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan purata bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500.
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
  • Syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri.

Nota:

  • Perumahan PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka.
  • Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut turutan cabutan undian.
  • Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan dimana rumah PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA.
  • Pemilik wajib mendiami rumah PR1MA tersebut.

Cara Memohon PR1MA:

Untuk cara permohonan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) secara online, anda boleh kelaman web PR1MA dan sila ikut langkah demi langkah sebagaimana yang dipaparkan. Ada 7 langkah yang perlu anda lakukan sebelum membuat permohonan online PR1MA.

Semak Kelayakan

  • Semak kelayakan anda di SINI.
  • Jika layak, boleh terus DAFTAR. Semak dokumen yang diperlukan di SINI.

Pendaftaran Online PR1MA

  • Daftar secara online disini —> DAFTAR.
  • Semak email dan sahkan pautan pendaftaran tadi.
  • Sekarang anda boleh login (daftar masuk semula) dengan ID dan Password yang anda cipta semasa DAFTAR.
  • Lengkapkan permohonan (isi borang) dan lampirkan sekali dokumen yang diperlukan.
  • Hantar.
  • Makluman nombor pendaftaran PR1MA anda akan dimaklumkan menerusi email.
  • Sila gunakan nombor pendaftaran berkenaan untuk sebarang urusan dengan PR1MA.

Permohonan

  • Pemohon akan dimaklumkan menerusi email dan sms apabila pembangunan PR1MA yang anda pilih tadi telah dilancarkan.
  • Setelah itu, anda boleh kemukakan permohonan untuk pengundian.

Pengesahan

  • Permohonan anda akan disaring.
  • Hanya pemohon yang sah (layak) dipanggil untuk pengundian.

Pengundian

  • Pemohon yang sah akan diundi secara rawak.
  • Proses ini diaudit sepenuhnya.

Pengumuman Permohonan PR1MA Yang Berjaya

  • Nombor undian pengundi akan dipaparkan dilaman web PR1MA.
  • Pengundi yang berjaya akan dihubungi menerusi email dan sms.
  • Pemohon yang berjaya boleh teruskan urusan pembiayaan dengan institusi kewangan pilihan sendiri.

Peruntukan Perumahan

  • PR1MA akan menghubungi pengundi yang berjaya dan dimaklumkan perincian perumahan yang disediakan.

PAUTAN | MENGENAI PR1MA | KELAYAKAN | CARA MEMOHON | PENDAFTARAN

sumber dipetik dari Ammboi

Komen Pembaca

  1. Terimakasih untuk info lengkap ni.

Tinggalkan Komen

*