Borang Permohonan BRIM 3.0 Online – Syarat kelayakan BRIM 3.0

Semestinya ramai yang tak sabar nak buat permohonan untuk menerima BRIM 3.0 yang akan diagihkan kepada mereka yang layak tidak lama lagi.Namun tarikh terkini masih belum lagi dikeluarkan.Jadi kepada anda yang berminat untuk memohon BRIM 3.0 sila baca syarat-syara kelayakan sebelum anda memohon.

Syarat Kelayakan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 | Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkandaripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai antuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.
Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 - BR1M 3.0
Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal. Secara keseluruhannya, penerima BR1M dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan tidak melebihi RM3,000 akan menikmati bantuan sebanyak RM700. Manakala isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 yang menerima bantuan BR1M sebanyak RM450, juga akan menerima caruman i-BR1M bernilai RM50 yang menjadikan jumlah keseluruhan BR1M sebanyak RM500.
Syarat kelayakan dan borang permohonan boleh rujuk di bawah :
Selamat memohon kami ucapkan :)

Syarat Kelayakan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 Tahun Keatas
  • Isi Rumah Berpendapatan RM3,000 dan ke bawah
  • Isi Rumah Berpendapatan RM3,000- RM4,000
  • Individu Bujang yang berpendapatan RM2,000 dan ke bawah

 

Tarikh Permohonan BR1M 3.0 Online

  • Permohonan BR1M 3.0 dijangka akan dibuka mulai bulan November 2013.

 

Borang Permohonan BR1M 3.0 Secara Online

Muat turun (download) Borang pendaftaran BR1M 3.0 di halaman berikut :

www.hasil.gov.my @ ebr1m.hasil.gov.my

* Setakat ini permohonan BR1M 3.0 secara online masih belum dibuka dan dijangka akan dibuka pada minggu ketiga bulan November 2013.

* Sila rujuk post ini untuk download Borang Permohonan BRIM 3.0 secara online

Komen Pembaca

  1. Pihak yang bertanggungjawab di bahagian perlu menyiasat senarai calon yang betul-betul layak menerima bantuan brim 3.0 ini kerana didapati calon yang mendapat bantuan ini kebanyakan dikalangan orang yang senang.tidak banyak dikalangan yang susah mndapat bantuan brim 3.0 ini.saya memaksudkan dikalangan orang senang contohnya brim sudah 2 taun berlangsung..kadar tangga gaji pun mestilah meningkat jadi berikanlah pada orang yang selayaknya.kaji slip terbaru pemohon brim.terima kasih.

  2. Andes Nana says:

    Bagi yang pernah memohon, kena isi borang online lagi ke?

  3. Saya berharap sangat2.kerajaan setiap tahun up date yang mane betul2 menyiasat senarai calon yang betul-betul layak.setiap tahun orang yang sama masih terima brim.sedangkan pendapat
    melebihi angka 5k.kerajaan menolak pemohan saya,sebab gaji lebih setakat rm3.250 itu pun anak tanggung anak jumlah 4 orang.sekolah pulak tk pernah bagi bantuan.peberlanjaan sekolah,harian,dapur,kereta dan pembayaran rumah.
    saya berharap sekali lagi pada pihak kerajaan siasat betul calon yang layak brim

  4. noor azura binti mat nasir says:

    saya nak tanya…jika sudah berpindah di tempat lain boleh mohon permohonan baru untuk brim ke?dulu saya dapat brim di shah alam tapi sekarang saya berpindah ke pandah indah ampang…

  5. tahun lepas pernah isi borang on9 tapi tak dapat pun BR1M.

  6. nor hidayah says:

    borang permohonan brim untuk orang bujang dah keluar ke?

  7. sharinatul asmawaty says:

    boring brim 3.0 dh kuar ke…

  8. mohd syarizar says:

    salam…thun lepas sy xdapat brim…sedangkan gaji sy x smpai RM2000….sy harap thun sy dpt la….

  9. Ahmad fazley says:

    Salam.. Thun lalu sya dpt trima brim 2.0 500′
    dan sy hrap thun ne sy dpat lgi prmohonan ni. Sbab dlu sya ad istri.. Tpi jodoh x panjang so mcm mna..kna memohon smula ke’. Skrg sy cuma ad tanggungan anak sorang. Mcm mne.

  10. Salam admin..
    Saya berumur 21 tahun pada tahun ini..
    tetapi hari lahir saya ialah pada 30.6.1993..
    Adakah saya layak memohon kerana pada kasarnya saya sudah berumur 21 tahun atau perlu menunggu untuk brim yang akan datang?

  11. Saya mahu tanya.. kepada sesiapa yang dapat brim buku 1 malaysia tahun lepas.. tahun nie dapat ka lagi brim duit?

Tinggalkan Komen

*